PUTRAJAYA, – Sebanyak 40 usahawan mikro tempatan diberi peluang berniaga di Litar Rasa MADANI, G Hillstand sempena dengan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026 tanpa dikenakan sewa tapak dan komisen jualan untuk mereka menyertai acara bertaraf antarabangsa itu.
Menerusi kenyataan media Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong maklumkan, kadar sewa komersial di G Hillstand bagi tempoh tiga hari melebihi RM6,000, tidak termasuk SST, selain komisen sebanyak 15% daripada jumlah jualan kasar.
Bagaimanapun kesemua 40 usahawan berkenaan hanya perlu membayar RM180 bagi lesen perniagaan kepada Majlis Perbandaran Sepang.
“KUSKOP mahu memastikan usahawan kecil Malaysia turut mempunyai ruang untuk berada di pentas acara antarabangsa seperti F1 tanpa dibebani kos penyertaan yang tinggi,” katanya dalam kenyataan.
Bagi membolehkan peniaga memberi tumpuan kepada stok, tenaga kerja dan operasi, KUSKOP turut menyediakan khemah, kerusi, meja, peti penyejuk dan kipas.