A A A
Berita

Pembiayaan mikro RM6.6 bilion bantu PMKS kembangkan perniagaan

MEMBAKUT, – Peningkatan pembiayaan mikro kepada RM6.6 bilion menerusi Belanjawan 2027 dijangka membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengembangkan perniagaan serta meningkatkan pendapatan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata, peruntukan itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap permintaan tinggi dalam kalangan usahawan PMKS di seluruh negara.

Beliau merakamkan penghargaan kepada kepimpinan kerajaan, khususnya Menteri Kewangan, atas penyediaan dana yang besar bagi menyokong pembangunan sektor berkenaan.

“Secara keseluruhannya, saya berterima kasih kerana kerajaan cakna dan peka terhadap permintaan yang begitu besar untuk membantu usahawan PMKS di seluruh negara,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Menurut beliau, usaha membantu usahawan tidak hanya dilaksanakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), malah turut melibatkan kementerian serta agensi lain yang menyediakan pelbagai program sokongan.

Baca lagi…