A A A
Berita

KUSKOP mahu pastikan PMKS, koperasi dan usahawan terima ‘tempias’ pengukuhan ekonomi

NIBONG TEBAL : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mahu memastikan agar perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), koperasi serta usahawan tempatan terus mendapat ruang susulan pertumbuhan yang berlaku dalam aktiviti perdagangan domestik ketika ini.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, ruang yang dimaksudkan itu termasuk dari segi penjualan produk, pembinaan hubungan bersama pelanggan baharu atau peluang untuk memasuki rantaian ekonomi tempatan dengan lebih kukuh.

“Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sektor perdagangan borong dan runcit negara dilihat terus berkembang, dengan nilai jualan hampir RM175 bilion pada April 2026.

Baca lagi…