KUALA LUMPUR, – Pembiayaan berjumlah RM36 juta telah disalurkan TEKUN Nasional kepada kira-kira 1,500 usahawan di Negeri Sembilan sehingga Jun lepas.
Kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim menyebut dalam tempoh sama, sebanyak RM540 juta telah disalur kepada 25,600 usahawan di seluruh negara.
“Sumbangan besar telah diberikan TEKUN sejak penubuhan 30 tahun lepas dan sedia memainkan peranan penting dalam memperkasa usahawan tempatan menerusi sistem penyampaian yang sentiasa ditambah baik bertujuan memenuhi keperluan semasa.
“Saya menyasarkan permohonan pembiayaan TEKUN bernilai RM100,000 dan ke bawah diputuskan dalam tempoh tujuh hari, sama ada diluluskan atau sebaliknya.
“Bagi pembiayaan mikro berjumlah RM20,000 dan ke bawah, KUSKOP sedang mengusahakan sasaran supaya keputusan permohonan dapat diberikan dalam tempoh 24 jam,”kata kenyataan itu lagi.