A A A
Berita

KUSKOP pastikan usahawan PMKS dapat akses pembiayaan, salur RM60bil tahun ini

ALOR SETAR, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited memastikan semua usahawan tanpa mengira kaum mendapat akses kepada pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan serta bersaing di peringkat lebih tinggi.

Bagi merealisasikan hasrat itu, peruntukan pembiayaan sebanyak RM60 bilion akan disalurkan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tahun ini.

Menterinya, Steven Sim berkata dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu akibat ketegangan geopolitik, kerajaan mahu memastikan setiap usahawan mempunyai akses kepada pembiayaan bagi mengembangkan perniagaan.

“Kementerian turut meningkatkan peruntukan pelbagai dana pembiayaan termasuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional dan Pakej Modal Usahawan dan Rangsangan Ekonomi India 2026.

Baca lagi…