A A A
Berita

SME Corp peruntuk RM1.5 juta perkasa kepimpinan 90 PMKS

KUALA LUMPUR, – SME Corporation Malaysia (SME Corp) memperuntukkan RM1.5 juta menerusi Program Next Level CEO bagi memperkukuh keupayaan kepimpinan pengurusan kanan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berpotensi berkembang menjadi syarikat bernilai tinggi.

Program itu menyasarkan penyertaan 90 ketua pegawai eksekutif, pengarah urusan dan pengasas PMKS bagi membantu meningkatkan prestasi syarikat, sekali gus memperkukuh sumbangan sektor berkenaan kepada ekonomi negara.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy berkata, Malaysia memerlukan lebih banyak PMKS yang bukan sahaja berdaya tahan, malah berupaya berkembang menjadi syarikat bernilai tinggi dan berdaya saing di peringkat global, selaras dengan agenda penskalaan PMKS.

“Program Next Level CEO merupakan pelaburan strategik dalam pembangunan kepimpinan kerana transformasi organisasi bermula daripada pemimpin yang mempunyai visi, keberanian membuat perubahan serta keupayaan meneroka peluang baharu.

“Melalui program ini, kami berharap dapat melahirkan lebih ramai pemimpin industri yang mampu memacu pertumbuhan syarikat, meningkatkan produktiviti serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca lagi…