A A A
Berita

APEM 3.0: Platform strategik lonjak daya saing PMKS Muslim

KUALA LUMPUR: Penganjuran Konvensyen Agenda Pembangunan Ekonomi Muslim (APEM 3.0) berupaya menjadi platform bagi merangka tindakan strategik memperkukuh penyertaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Muslim dalam ekosistem keusahawanan negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim, berkata pembangunan PMKS memerlukan pendekatan menyeluruh bagi melonjakkan keupayaan usahawan melepasi kebiasaan, merangkumi akses pembiayaan, pembangunan kapasiti, integrasi teknologi dan pemantapan jaringan pasaran.

“Usahawan hari ini memerlukan lebih daripada sekadar modal.

“Mereka memerlukan bimbingan, akses pasaran, jaringan perniagaan dan sokongan yang berterusan untuk berkembang secara mampan dan berdaya saing serta akhirnya menjadi pemain yang lebih besar dalam ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca lagi…