PETALING JAYA, – Kerangka Perolehan Impak Sosial Malaysia (PRISMA) dilancarkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bertujuan mengarusperdanakan amalan perolehan berimpak sosial dalam kalangan agensi kerajaan dan syarikat swasta.
Menurut Menterinya, Steven Sim, langkah ini sekali gus memperluas peluang pasaran kepada perusahaan sosial di negara ini.
“KUSKOP menjadi kementerian pertama di Malaysia yang melaksanakan amalan berkenaan dengan komitmen nilai perolehan sekurang-kurangnya RM300,000 tahun ini, berbanding RM100,000 tahun lalu,” katanya pada Majlis Perasmian Konvensyen Ekosistem Perusahaan Sosial (KEPS) Malaysia 2029 di sini.
“PRISMA adalah paradigma baharu iaitu peralihan daripada perolehan tradisional yang hanya menilai harga dan kualiti kepada perolehan berimpak sosial yang mengambil kira impak kepada alam sekitar, masyarakat serta ekonomi,” jelasnya.
Beliau menambah, agensi kerajaan dan syarikat swasta yang tersenarai akan menggunakan sebahagian daripada dana aktiviti perolehan yang dibuat untuk menyokong produk dan perkhidmatan daripada perusahaan sosial.