A A A
Berita

Tiga inisiatif TVET KKDW sasar luaskan peluang kerjaya anak desa

SUNGAI BESAR, – Peluang kerjaya siswazah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya dalam kalangan anak desa, bakal diperkukuh menerusi tiga inisiatif strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Inisiatif dijangka mampu menghubungkan latihan kemahiran dengan keperluan industri serta pembangunan perusahaan tempatan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan itu merangkumi Perjanjian Kerjaya Premium TVET KKDW, TVET Jana Desa dan Bengkel Pintar dan Hijau TVET@KKDW, yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Kerjasama antara institusi latihan dengan majikan perlu bermula sebelum pelatih mengikuti program bagi memastikan kemahiran yang dibangunkan benar-benar menepati keperluan pasaran pekerjaan.

“Menerusi Perjanjian Kerjaya Premium TVET KKDW, kompetensi, syarat penempatan dan pakej gaji bagi program terpilih akan dipersetujui bersama majikan sebelum pengambilan pelatih, selain membabitkan industri dalam pembangunan kurikulum dan penilaian.

Baca lagi…