MELAKA, – Lebih 8,000 permohonan diterima menerusi Program Geran Uyarvu MADANI 2.0 bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).
Bagaimanapun Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R.Ramanan berkata, daripada jumlah berkenaan hanya 1,400 usahawan yang layak akan menerima geran terbabit.
“Daripada 700 permohonan, kita terpaksa melanjutkan tempoh pelaksanaan. Buat masa ini, sebanyak RM25 juta telah diperuntukkan untuk membantu perniagaan-perniagaan berkenaan.
Namun, seperti yang saya maklumkan tadi, kita telah menerima lebih 8,000 permohonan.” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di kawasan perniagaan Jalan Bendahara di sini.
Tambahnya, geran berkenaan menawarkan bantuan dana perniagaan antara RM20,000 hingga RM50,000 kepada usahawan masyarakat India daripada golongan B40 dan M40.