A A A
Berita

KUSKOP sasar 10 Jualan MADANI di Pulau Pinang

GELUGOR, – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan penganjuran sekurang-kurang 10 program Jualan MADANI KUSKOP di Pulau Pinang, tahun ini.

Menterinya, Steven Sim berkata, setakat ini tujuh program jualan telah dilaksanakan sebagai usaha membantu rakyat menangani kos sara hidup.

Ia mendapat sambutan amat menggalakkan daripada komuniti tempatan.

“Di Pulau Pinang, sasaran kita 10. Tetapi kita akan lihat kepada keperluan dan kesesuaian. Manakala di seluruh Malaysia… jumlahnya masih belum dikira. Setakat ini, kita sudah melaksanakan (program jualan MADANI) di Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain.

“Inisiatif ini bertujuan membantu rakyat dan penduduk setempat, khususnya dalam mengurangkan kos sara hidup serta kos barangan keperluan harian,” katanya.

Baca lagi…