A A A
Berita

KUSKOP sasar salur RM15 bilion bantuan kepada usahawan tahun ini

GEORGE TOWN, – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan penyaluran bantuan berjumlah RM15 bilion kepada usahawan di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, setakat ini, sebanyak RM9 bilion telah disalurkan kepada kira-kira 250,000 usahawan.

Daripada jumlah itu, RM3.4 bilion merupakan pembiayaan baharu yang memanfaatkan 34,000 usahawan, termasuk mereka yang memperoleh akses pembiayaan buat kali pertama.

Beliau berkata, tambahan RM1 bilion dana mikrokredit yang disediakan kerajaan baru-baru ini turut membuka peluang kepada lebih ramai usahawan mendapatkan pembiayaan.

“Pada tahun ini, kerajaan telah menyediakan lebih kurang RM5 bilion dari segi pinjaman mikrokredit, tambah RM1 bilion jadi RM6 bilion. RM1 bilion ini akan dibahagikan kepada beberapa agensi.

Baca lagi…