A A A
Berita

Koperasi kredit perlu perkukuh keupayaan seiring kemajuan teknologi

KUALA LUMPUR, – Koperasi kredit tempatan perlu memperkukuh keupayaan dalam aspek inovasi, operasi, tadbir urus dan pengurusan risiko bagi memastikan sektor itu kekal relevan seiring perkembangan teknologi.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, usaha berkenaan turut memerlukan penyesuaian terhadap kerangka perundangan sedia ada agar lebih selari dengan perkembangan teknologi dan perubahan landskap ekonomi.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan sektor koperasi mampu berdepan cabaran semasa termasuk kemajuan teknologi yang pesat, ketidaktentuan politik global, perubahan iklim serta perkembangan geopolitik.

“Transformasi tidak akan berlaku tanpa kita menangani kerangka perundangan bagi mengatasi realiti yang tidak diperkatakan seperti yang saya sebutkan tadi, termasuk undang-undang dan peraturan yang sudah tidak lagi selari dengan perkembangan semasa.

“Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kini sedang mengkaji semula serta meminda Akta Koperasi 1993 dan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007.

Baca lagi…