A A A
Berita

Lebih RM280 juta dicadang untuk TSPKS 2.0 – PM

PUTRAJAYA, – Kerajaan sedang meneliti cadangan peruntukan RM280.03 juta bagi Program Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0 sebagai antara langkah memperkukuh sektor agrikomoditi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu merupakan antara beberapa inisiatif yang sedang diteliti bagi dipertimbangkan dalam Belanjawan 2027, khususnya untuk meningkatkan produktiviti serta pendapatan pekebun kecil.

“Pekebun ini, walaupun kadang-kadang kita sebut sebagai pekebun kecil, jika digabungkan semuanya, sumbangannya adalah besar. Kita bertanggungjawab untuk mencari jalan bagi meningkatkan mutu pengeluaran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Perladangan dan Komoditi di sini hari ini.

Datuk Seri Anwar memaklumkan selain TSPKS 2.0, turut dicadangkan RM17.05 juta bagi Pemerkasaan Usahawan Hiliran Sektor Agrikomoditi, RM28.57 juta bagi Tabung Bencana dan Kawalan Penyakit Sektor Agrikomoditi serta RM100 juta bagi Program Jalan Ladang Pekebun Kecil Persendirian.

Baca lagi…