A A A
Berita

MUDRA: RM140 juta pembiayaan disalur kepada hampir 6,000 usahawan India

KUALA LUMPUR, – Sebanyak RM140 juta pembiayaan di bawah Modal Usahawan dan Rangsangan Ekonomi India (MUDRA) telah diluluskan dan disalurkan kepada hampir 6,000 usahawan India setakat Ogos tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim, berkata jumlah keseluruhan peruntukan MUDRA sebanyak RM220 juta merupakan antara pembiayaan tertinggi yang pernah disediakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi memperkasa usahawan India di Malaysia.

Menurut beliau, KUSKOP turut memberi perhatian terhadap usaha memperluas akses pembiayaan menerusi Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) di bawah TEKUN Nasional.

“Bagi Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI), jumlah keseluruhan pembiayaan telah ditingkatkan kepada RM120 juta, yang merupakan jumlah tertinggi setakat ini.Sehingga kini, sebanyak RM64 juta pembiayaan telah diluluskan kepada lebih 1,900 usahawan.

“Inisiatif berkenaan dilaksanakan bagi memastikan lebih ramai usahawan di Malaysia mendapat akses kepada pembiayaan serta bantuan kerajaan.

Baca lagi…