KUALA LUMPUR, – Sebanyak RM60 juta potensi jualan dan pelaburan disasarkan menerusi penyertaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) halal serta koperasi pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong berkata sasaran itu meningkat berbanding RM30 juta tahun lepas, dengan 43 pempamer menyertai Pavilion Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), berbanding 32 usahawan pada edisi sebelumnya.
Beliau berkata MIHAS menjadi platform penting untuk membuka peluang kepada usahawan dan koperasi tempatan menembusi pasaran halal global.
“Ini merupakan pameran halal yang saya rasa cukup penting, bukan sahaja di negara kita tetapi di seluruh dunia.”
“Tahun ini di Pavilion KUSKOP, kita telah membawa lebih kurang 43 usahawan PMKS Malaysia dan sasaran jualan tahun ini, kita harap syarikat-syarikat yang hadir boleh mencapai atau mencecah 60 juta ringgit. Ini sasaran kita.”