A A A
Berita

KUSKOP sambut baik belanjawan 2027 mesra PMKS

BUKIT MERTAJAM, – Belanjawan 2027 disifatkan sebagai belanjawan mesra Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) susulan peningkatan peruntukan paling tinggi dalam sejarah dari RM50 bilion kepada RM57 bilion.

Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Steven Sim berkata, peruntukan dana yang lebih besar dapat membantu mengurangkan kos menjalankan perniagaan di Malaysia, selain meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan secara keseluruhan.

“Lebih banyak dana untuk PMKS bermakna kos menjalankan perniagaan di Malaysia dapat dikurangkan, selain meningkatkan kecekapan. Oleh itu, saya menyambut baik belanjawan ini yang mesra PMKS dan melihat 2027 sebagai tahun penting untuk memperkukuh aset serta perniagaan rakyat Malaysia.

“Dengan sumber dan dana yang disediakan, KUSKOP akan meneruskan usaha mencapai misi untuk memperkasa perniagaan Malaysia,” katanya kepada media pada Program Madani Kita di Berapit, di sini.

Antara inisiatif utama yang diumumkan termasuklah penambahan peruntukan sebanyak RM5 bilion bagi Dana Penstabilan PMKS oleh Bank Negara
Malaysia, serta peningkatan dana mikro kredit kepada RM 6.6 bilion.

Baca lagi…