A A A
Berita

KUSKOP sambut baik lonjakan pembiayaan PMKS

KUALA LUMPUR, – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyambut baik Belanjawan 2027 yang memperkukuh sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerusi peningkatan pembiayaan, pengurangan kos operasi dan peluasan pasaran.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong dalam satu kenyataan berkata, tiga keutamaan itu menjadi fokus kerajaan bagi menjadikan 2027 sebagai Tahun PMKS Malaysia.

“Kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan kepada perniagaan, termasuk PMKS dan syarikat pertengahan, ditingkatkan kepada RM57 bilion pada 2027 berbanding RM50 bilion tahun ini.

“Pengurangan kadar cukai pendapatan PMKS sehingga dua mata peratusan pula dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 PMKS, dengan penjimatan cukai sehingga RM6,000 setahun,” katanya.

Dalam pada itu, pembiayaan eksport berjumlah RM1 bilion menerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) serta RM60 juta melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan membantu syarikat tempatan menembusi pasaran antarabangsa.

Baca lagi…