A A A
Berita

PMKS digesa rebut peluang

ALOR SETAR, – Usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu memanfaatkan peruntukan serta insentif di bawah Belanjawan 2027 bagi memperkukuh operasi dan mengembangkan perniagaan masing-masing.

Penaung Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Kedah (PPPKM), Datuk Romli Ishak berkata, peruntukan itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan dan kebajikan usahawan PMKS.

“Golongan ini merupakan antara tulang belakang ekonomi rakyat. Sekiranya kemudahan dan peluang untuk mendapatkan modal ditambah baik, mereka bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan sendiri, malah berupaya menyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain.

“Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri atas pengumuman yang dibuat dalam pembentangan Belanjawan 2027 baru-baru ini,”katanya kepada wartawan RTM, di sini.

Beliau yakin penyaluran bantuan dapat dilaksanakan secara lebih teliti bagi memastikan kemudahan berkenaan dinikmati golongan yang benar-benar layak, khususnya usahawan yang aktif menjalankan perniagaan.

Baca lagi…