A A A
Berita

Terhimpit kos, mampukah perniagaan inklusif menjadi jalan keluar

Perniagaan Inklusif merupakan model perniagaan yang mengintegrasikan komuniti berpendapatan rendah ke dalam operasi utama sesebuah syarikat.

Berbeza daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang lazimnya melibatkan sumbangan atau aktiviti kebajikan, IB menjadikan komuniti sebagai sebahagian daripada proses pengeluaran, pembekalan, pengedaran atau penyediaan perkhidmatan.

SME Corp. Malaysia telah memperkenalkan Pengiktirafan Perniagaan Inklusif yang memberi perhatian kepada perniagaan yang mewujudkan nilai komersial dan impak sosial melalui penglibatan komuniti.

Antara model yang diketengahkan ialah pembelian balik produk daripada komuniti serta penyumberluaran kerja kepada mereka.

Bayangkan sebuah syarikat makanan tempatan yang memerlukan bekalan sambal, kerepek atau kuih tradisional secara konsisten.

Daripada mengeluarkan semua produk sendiri, syarikat tersebut boleh bekerjasama dengan sekumpulan usahawan B40 sebagai pembekal.

Syarikat menyediakan spesifikasi produk, membantu meningkatkan kualiti, menyelaras pembungkusan dan mendapatkan pasaran, manakala usahawan menghasilkan produk berdasarkan pesanan yang dipersetujui.

Syarikat mendapat bekalan dan peluang mengembangkan perniagaan. Usahawan pula memperoleh akses pasaran yang mungkin sukar dicapai secara bersendirian.

Inilah kekuatan IB. Ia bukan sekadar mengagihkan bantuan, tetapi mewujudkan hubungan ekonomi yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Baca lagi…