SELAYANG, – Program Jualan Agro MADANI (JAM) Edisi Negeri Perak 2026 yang berlangsung di Ibu Pejabat FAMA, hari ini menyasarkan nilai jualan sebanyak RM100,000.
Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, program itu menawarkan penjimatan perbelanjaan sehingga RM30,000 kepada kira-kira 2,000 pengunjung.
“Jualan Agro MADANI ini sebagaimana yang semua orang ketahui, semua barangannya kita akan jual diskaun sehingga 30 peratus berbanding harga di pasaran sedia ada,” katanya.
Program tersebut mengetengahkan hasil dan produk tempatan, termasuk buah-buahan serta makanan dari negeri Perak sebagai negeri penganjur.
Antara produk yang diketengahkan menerusi 50 gerai jualan yang disediakan ialah jambu batu dari Bidor, buah pomelo dari Kuala Gula, melon emas, duku Terengganu serta hasil kampung seperti petai, jering dan rebung.