A A A
    Pelaporan program keusahawanan dan pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA) telah mula dilaksanakan sejak tahun 2006. Objektif utama SMEIPA adalah untuk menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program keusahawanan dan pembangunan PMKS oleh Kementerian, Agensi dan Kerajaan Negeri. Pemantauan program melalui SMEIPA adalah berdasarkan kepada pencapaian program pada tahun sebelumnya serta perancangan dan pelaksanaan program pada tahun semasa. Edisi SMEIPA 2025 yang bertema ‘Penskalaan PMKS’ memberi tumpuan kepada transformasi saiz PMKS melalui peningkatan daya saing, pembangunan kapasiti, pendigitalan dan akses kepada pasaran untuk menyokong perkembangan ekonomi negara.