KUALA LUMPUR: SME Corporation Malaysia (SME Corp) mengumumkan pelantikan Datuk Teng Chang Khim sebagai Pengerusi baharu agensi itu berkuat kuasa semalam.
SME Corp dalam kenyataan berkata pelantikan tersebut dibuat oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong.
Menurut kenyataan itu, Chang Khim yang merupakan lulusan Undang-undang dari Universiti London serta pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Perdana mempunyai pengalaman luas dalam bidang industri dan perniagaan.
Related Posts
KUALA LUMPUR, – Penganjuran Karnival Deepavali 2026 membuka peluang kepada lebih 400 usahawan menjana pendapatan...
KAJANG, – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berjaya menyalurkan pembiayaan berjumlah RM10.7 bilion...