Kuala Lumpur: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) boleh mula memohon pembiayaan melalui Kemudahan Kestabilan Perusahaan, Kecil dan Sederhana (SME SRF) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM5 bilion bermula 15 Mei hingga 31 Disember 2026.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim berkata, PMKS yang layak boleh memohon pembiayaan sehingga RM750,000 dengan kadar faedah atau keuntungan maksimum sebanyak 3.7 peratus setahun.
“Kemudahan ini akan disalurkan melalui 18 institusi kewangan yang mengambil bahagian termasuk Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) dan SME Bank di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Related Posts
KUALA LUMPUR, – Sebanyak 2,234 outlet KoopMart aktif beroperasi di seluruh negara setakat 30 Jun lalu....
SEREMBAN, 21 Julai – Peruntukan hampir RM7 bilion disalur Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menerusi...