KUALA LUMPUR: Inisiatif pembiayaan mikro oleh Kerajaan MADANI memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia ketika tempoh ketidaktentuan geopolitik dengan mengekalkan mudah tunai dan menyokong aktiviti ekonomi domestik, khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi, IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan, berkata pembiayaan mikro bertindak sebagai penstabil ekonomi bersasar.
Beliau berkata, inisiatif itu dapat membantu mengurangkan kesan tekanan ekonomi daripada menular lebih parah ke dalam operasi perniagaan, terutama PKS yang mempunyai penampan kewangan yang terhad.
Related Posts
KUALA LUMPUR, – Penganjuran Karnival Deepavali 2026 membuka peluang kepada lebih 400 usahawan menjana pendapatan...
KAJANG, – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berjaya menyalurkan pembiayaan berjumlah RM10.7 bilion...