KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI menyediakan kemudahan pembiayaan mikro berjumlah lebih RM5 bilion bagi tahun ini yang dijangka memanfaatkan lebih 400,000 usahawan mikro di seluruh negara menerusi pinjaman sehingga RM100,000, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
Menerusi kenyataan hari ini, MoF memaklumkan pelbagai skim pembiayaan akan disalurkan melalui agensi dan institusi kewangan pembangunan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Simpanan Nasional (BSN), TEKUN Nasional, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Agrobank dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat).
Related Posts
KUALA TERENGGANU, – Peluasan penggunaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi pembelian barangan basah dan segar...
KUALA LUMPUR, – Peruntukan dan pelbagai inisiatif menerusi Belanjawan 2027 disifatkan mampu memperkukuh ekosistem serta...