A A A
Berita

KUSKOP belanja hampir RM3 bilion perkasa usahawan Bumiputera sejak 2023

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) membelanjakan hampir RM3 bilion bagi melaksanakan pelbagai program khusus untuk memperkasakan usahawan Bumiputera dari 2023 hingga 2025.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong, berkata keberkesanan perbelanjaan itu diukur menerusi beberapa indikator hasil, antaranya peningkatan jualan sekurang-kurangnya 20 peratus dalam kalangan peserta serta 150 syarikat berjaya meningkatkan saiz perniagaan mereka.

“Berhubung pulangan atau return of investment kerajaan, kementerian mengukur keberkesanan program pemerkasaan dan keseluruhan perbelanjaan daripada pelbagai outcome indicator atau hasil yang nyata terhadap peserta,” katanya.

Sim berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) berkaitan peruntukan dibelanjakan KUSKOP bagi program pemerkasaan Bumiputera dan pulangan kepada kerajaan yang diukur melalui penciptaan pekerjaan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Baca lagi…