A A A
Berita

Lebih RM4 bilion pembiayaan masih tersedia di bawah program SME SRF

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang memerlukan pembiayaan bagi menghadapi cabaran ekonomi semasa digalak memanfaatkan kemudahan di bawah ‘SME Stabilisation Relief Facility (SME SRF)’, dengan lebih RM4 bilion dana masih tersedia.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Datuk Nainy, berkata agensi itu memainkan peranan sebagai agensi penyelaras pusat yang menyediakan khidmat nasihat serta menyalurkan maklumat mengenai pelbagai program pembangunan PMKS di bawah kementerian dan agensi kerajaan.

“Kami mempunyai kaunselor perniagaan di SME Corp Malaysia yang sentiasa memberikan khidmat nasihat serta menyalurkan maklumat terkini mengenai program seperti SME SRF.

“Selain itu, kami turut mengadakan hari terbuka setiap bulan, manakala semua maklumat berkaitan program bantuan termasuk SME SRF, boleh diakses menerusi SME Info Portal”, katanya selepas menjadi tetamu Biz Malaysia pada Selasa, di Angkasapuri, Kota Media.

Baca lagi…