KUALA LUMPUR, 2 Julai – Pelaksanaan harga diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter membolehkan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mengurangkan kos operasi dan memperkukuh aliran tunai perniagaan.
Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy berpendapat usahawan P-M-K-S kini menikmati penjimatan kira-kira 47 peratus, sekali gus berupaya menampung kos input lain.
“Penjimatan boleh digunakan untuk menyerap kos input lain serta melabur dalam adaptasi teknologi dan pendigitalan bagi meningkatkan produktiviti.
“Penurunan harga diesel itu memberi lebih ruang kepada pemain industri mengekalkan perkhidmatan pada kadar yang lebih rendah dan meningkatkan daya saing perniagaan,”katanya kepada RTM.
Related Posts
KUALA LUMPUR, – Potensi jualan dan kerjasama perniagaan sehingga RM150 juta disasarkan 12 perusahaan mikro,...
SERDANG, – Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tambahan RM1 bilion dana mikrokredit...