KUALA LUMPUR, – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi-agensinya telah meluluskan pembiayaan lebih RM25.27 bilion kepada 847,653 usahawan dan koperasi seluruh negara.
Pembiayaan berkenaan dilakukan sejak tahun 2024 hingga 31 Mei lalu.
Timbalan Menterinya, Datuk Mohamad Alamin berkata pembiayaan berkenaan membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta koperasi meningkatkan modal pusingan, mengembangkan kapasiti perniagaan, menambah baik premis dan peralatan perniagaan.
Beliau berkata keberkesanan skim pembiayaan kepada usahawan dan koperasi dinilai melalui prestasi pembayaran balik pembiayaan oleh usahawan.
Related Posts
Nilai jualan keseluruhan berjumlah RM66.88 juta dan kerjasama bernilai RM10.35 bilion menerusi 97 memorandum...
Penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 bukan sahaja berjaya menarik minat...