A A A
Berita

Presiden Singapura tiba di Malaysia untuk lawatan negara tiga hari

SEPANG, – Presiden Republik Singapura, Tharman Shanmugaratnam dan isterinya, Jane Ittogi Shanmugaratnam, tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan Lawatan Negara selama tiga hari atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Pesawat khas yang membawa beliau tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira pukul 9.19 malam.

Ketibaan beliau disambut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong.

Pemimpin itu kemudian diberikan istiadat kawalan kehormatan statik di Kompleks Bunga Raya, yang terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja, diketuai oleh Kapten Muhammad Hanafi Ja’afar.

Lawatan ini merupakan Lawatan Negara pertama Tharman ke Malaysia sejak mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Singapura yang ke-9 pada 14 September 2023.

Baca lagi…