A A A
Berita

66 PMKS KUSKOP bawa produk tempatan ke MAHA 2026

SERDANG, – Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tambahan RM1 bilion dana mikrokredit kepada sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) disifatkan sebagai khabar baik yang amat dialu-alukan, khususnya dalam kalangan usahawan mikro dan kecil.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, tambahan itu menjadikan keseluruhan dana mikrokredit bagi tahun ini meningkat daripada RM5 bilion kepada RM6 bilion.

Katanya, peruntukan tambahan itu akan disalurkan menerusi tiga agensi di bawah kementeriannya, iaitu Bank Rakyat, Amanah Ikhtiar Malaysia dan TEKUN Nasional.

Beliau berkata, kemudahan mikrokredit amat penting kepada usahawan mikro dan kecil kerana agensi terbabit lazimnya menawarkan syarat pembiayaan yang lebih mesra, selain proses permohonan yang lebih mudah.

“Ini sudah tentu merupakan berita yang amat dialu-alukan oleh sektor PMKS, khususnya perniagaan kecil dan perniagaan mikro.

Baca lagi…