A A A
Berita

CISMEF: Potensi jualan, kerjasama RM150 juta disasar PMKS dan koperasi Malaysia

KUALA LUMPUR, – Potensi jualan dan kerjasama perniagaan sehingga RM150 juta disasarkan 12 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi Malaysia menerusi penyertaan dalam Pameran Antarabangsa Perusahaan Kecil dan Sederhana China (CISMEF) di Guangzhou.

Penyertaan itu sebahagian daripada Misi Perdagangan Khas Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ke Guangzhou dari 1 hingga 5 September ini.

Menterinya, Steven Sim memaklumkan, misi berkenaan akan dimanfaatkan untuk memperluas akses pasaran, mempercepat pendigitalan serta meningkatkan pengantarabangsaan PMKS dan koperasi tempatan.

“Fokus kita sangat jelas, cari pembeli dan rakan perniagaan baharu untuk syarikat Malaysia. Pada masa sama, mengenal pasti teknologi dan model yang boleh membantu PMKS kita meningkatkan keupayaan eksport,” katanya dalam satu kenyataan.

Sepanjang misi itu, beliau akan mengadakan sesi kerja bersama bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Guangzhou.

Baca lagi…