Tinjauan PMKS 2024/25 (Keluaran Baru)
Edisi 2024/25 bagi Laporan Tinjauan PMKS telah diterbitkan pada Mac 2026 oleh SME Corp. Malaysia. Bertemakan ‘Beradaptasi, Berevolusi, Berkembang: Penskalaan PMKS’, laporan ini memberi tumpuan kepada inisiatif dan tindakan strategik yang menyokong agenda penskalaan PMKS dalam mencapai pertumbuhan mampan. Laporan ini melibatkan dua penerbitan iaitu Laporan Utama dan Laporan Ekonomi. Laporan Utama merangkumi dasar dan program pembangunan PMKS, inisiatif pengantarabangsaan, ekosistem pembiayaan, inisiatif transformasi pendigitalan dan kisah inspirasi perjalanan keusahawanan PMKS. Manakala, Laporan Ekonomi memberikan gambaran keseluruhan prestasi PMKS global serta analisis terperinci mengenai prestasi dan prospek PMKS di Malaysia. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Laporan.