A A A
Berita

PPP26 perkukuh daya saing usahawan di Perak

KUALA LUMPUR, – Program Pendigitalan Perniagaan 2026 (PPP26) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Perak, berjaya menarik penyertaan hampir 600 peserta khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Program peringkat negeri Perak yang berlangsung di Kolej Poly-Tech MARA Ipoh itu, antara lain memberi tumpuan termasuk penggunaan media sosial dan e-dagang, strategi pemasaran digital, pendigitalan operasi perniagaan serta kesedaran mengenai penipuan kewangan menerusi slot Scam Alert.

PPP26 turut menyokong Dasar Keusahawanan Nasional 2030 serta Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan, ReDI, dalam memperluas penggunaan teknologi dalam kalangan peniaga.

Program telah dirasmikan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Rezy Izwan Ramly, merupakan siri pertama PPP26 bagi tahun ini yang merupakan kesinambungan program bimbingan keusahawanan SSM sebelum ini.

Berdasarkan statistik SSM sehingga 31 Ogos lepas, sebanyak 26,324 syarikat, 150,525 perniagaan dan 1,130 Perkongsian Liabiliti Terhad, aktif di Perak.

Baca lagi…