A A A
Berita

RM14.56 bilion pembiayaan mikro bantu 1.27 juta usahawan

KUALA LUMPUR, – Sebanyak 1.27 juta pembiayaan mikro bernilai RM14.56 bilion disalurkan kepada usahawan mikro bagi tempoh 2023 hingga September lalu menerusi agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Pembiayaan itu disalurkan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN Nasional dan Bank Rakyat bagi membantu usahawan mendapatkan modal perniagaan, menjana pendapatan serta mengembangkan perniagaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 212,910 pembiayaan baharu bernilai RM2.19 bilion disalurkan menerusi AIM dan TEKUN Nasional, manakala 1.05 juta pembiayaan berulang bernilai RM12.13 bilion turut direkodkan.

“Pembiayaan berulang penting bagi membolehkan usahawan mikro memperoleh modal tambahan untuk meningkatkan kapasiti operasi, menambah modal pusingan dan mengembangkan perniagaan.

“Selain itu, seramai 8,008 usahawan mikro berjaya meningkatkan skala perniagaan kepada kategori perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membuktikan bahawa pembiayaan mikro bukan sahaja membantu meningkatkan pendapatan, malah menyokong perkembangan perniagaan,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada persidangan Dewan Rakyat.

Baca lagi…