A A A
Berita

KEDA salur RM20.11 juta bantu 1,172 usahawan Kedah bagi tempoh 2023–2025

ALOR SETAR, – Sebanyak RM20.11 juta dibelanjakan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melalui geran bantuan kepada 1,172 usahawan di Kedah bagi tempoh 2023 hingga 2025 dalam usaha meningkatkan keupayaan serta daya saing usahawan di negeri itu.

Peruntukan berkenaan merupakan antara komitmen KEDA dalam memastikan usahawan khususnya di kawasan luar bandar mendapat sokongan yang sewajarnya
untuk mengembangkan perniagaan.

Pengerusi KEDA, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tahun ini, KEDA memperuntukkan sebanyak RM6.87 juta bagi meneruskan agenda pembangunan keusahawanan di Kedah.

“Peruntukan itu meliputi pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk latihan dan bimbingan, pelabelan serta promosi produk, bantuan peralatan perniagaan selain penyertaan usahawan dalam ekspo dan pameran,” jelasnya.

Katanya, kesemua inisiatif berkenaan dirangka bagi membantu usahawan meningkatkan pengetahuan, kemahiran, penjenamaan serta capaian pasaran produk masing-masing.

Baca lagi…