KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan dana berjumlah RM50 juta menerusi Program PKS@BURSA bagi membantu 200 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berpotensi tinggi membuat persediaan ke arah penyenaraian di Bursa Malaysia sehingga 2030.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Steven Sim, berkata program yang dilaksanakan menerusi SME Corp Malaysia itu bertujuan membina saluran yang lebih kukuh bagi melahirkan lebih banyak syarikat yang bersedia untuk disenaraikan pada masa hadapan.
Beliau berkata, menerusi inisiatif itu, syarikat yang layak boleh memanfaatkan Dana Penyenaraian PKS yang menawarkan pembiayaan antara RM2 juta hingga RM5 juta pada kadar keuntungan tidak melebihi lima peratus bagi tempoh sehingga lima tahun.
Related Posts
KUALA LUMPUR, – Penganjuran Karnival Deepavali 2026 membuka peluang kepada lebih 400 usahawan menjana pendapatan...
KAJANG, – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berjaya menyalurkan pembiayaan berjumlah RM10.7 bilion...