A A A
Berita

Hampir RM7 bilion inisiatif ‘Power Up 10K’ bantu usahawan PMKS sepanjang enam bulan pertama 2026

SEREMBAN, 21 Julai – Peruntukan hampir RM7 bilion disalur Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menerusi inisiatif ‘Power Up 10K’ yang membantu lebih 213,000 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di seluruh negara sepanjang tempoh enam bulan pertama 2026.

Menterinya, Steven Sim memberitahu dana itu disalur menerusi pelbagai program sokongan serta pembiayaan di bawah inisiatif yang menyasarkan RM15 bilion sepanjang tahun ini.

“Kejayaan menyaksikan komitmen berterusan kementerian dalam memastikan sektor PMKS kekal berdaya saing serta berupaya mendepani pelbagai cabaran ekonomi global.

“Di Negeri Sembilan sahaja, RM345 juta ringgit disalur kepada lebih 6,600 usahawan melalui program ‘Power Up 10K’,”katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bersama Warga dan agensi KUSKOP Negeri Sembilan.

Beliau dalam pada itu memaklumkan hala tuju baharu, ditetapkan bagi memastikan semua agensi di bawah kementerian bertindak sebagai barisan hadapan yang efisien dalam membantu peniaga.

Baca lagi…