A A A
Berita

2,234 outlet KoopMart aktif beroperasi di seluruh negara

KUALA LUMPUR, – Sebanyak 2,234 outlet KoopMart aktif beroperasi di seluruh negara setakat 30 Jun lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata bagi tempoh sama, sebanyak 209 premis KoopMart telah diluluskan sebagai rakan niaga MyKasih Foundation bagi pelaksanaan Program MySARA dan MyKasih.

Ia untuk membolehkan penerima bantuan menebus barangan keperluan asas menggunakan kad pengenalan di kedai koperasi.

“KUSKOP melalui SKM telah dan sedang melaksanakan beberapa langkah yang strategik. Antaranya memperkukuh penjenamaan KoopMat melalui penyeragaman identiti premis di seluruh negara bagi memperkenalkan jenama Koop sejak 1922.

Bagi produk keperluan asas seperti beras dan minyak masak yang ditawarkan pada harga kompetitif berbanding harga pasaran. Pada masa sama, KUSKOP melalui SKM telah memperluas penyertaan KoopMat sebagai rakan niaga My Kasih Foundation,” katanya pada persidangan Dewan Negara.

Baca lagi…