Kuala Lumpur: Bank Rakyat terus memperkukuh sokongan bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerusi pelbagai inisiatif pembiayaan strategik bagi memastikan kelangsungan dan pertumbuhan perniagaan usahawan tempatan, lebih-lebih lagi dalam ketidaktentuan bekalan global yang semakin mencabar.
Bank Rakyat dalam kenyataan berkata, menerusi inisiatif Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS (SME SRF) yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia baru-baru ini, pelanggan PMKS Bank Rakyat yang berdepan dengan cabaran aliran tunai akibat tekanan ekonomi global boleh memohon kemudahan ini mulai 15 Mei hingga 31 Disember 2026, atau sehingga peruntukan pembiayaan sebanyak RM5 bilion itu digunakan sepenuhnya.
Related Posts
Kuala Lumpur: Agrobank menyatakan komitmennya untuk memastikan pelaksanaan inisiatif bantuan kewangan tambahan menerusi Kemudahan...
KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI menyediakan kemudahan pembiayaan mikro berjumlah lebih RM5 bilion bagi tahun...