PUTRAJAYA, – Kerajaan melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) akan berusaha mendapatkan peruntukan tambahan bagi memperluaskan Program Uyarvu MADANI susulan permohonan tinggi diterima daripada usahawan kecil, khususnya golongan B40.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, sebanyak 8,368 permohonan diterima bagi program berkenaan, namun berdasarkan kemampuan semasa, sekitar 700 hingga 780 pemohon dijangka menerima bantuan.
“Jika jumlah keseluruhan bagi Fasa 1 dan Fasa 2 diambil kira, kita mungkin dapat membantu kira-kira 1,100 hingga 1,150 usahawan.”
“Tetapi lebih 8,000 permohonan yang kita terima merupakan satu angka yang besar dan ini jelas menunjukkan ramai usahawan kecil, termasuk usahawan B40 yang sedang berusaha untuk maju, memerlukan bantuan ini.”
“Jadi, untuk pusingan seterusnya, kita bukan sahaja akan memohon peruntukan tambahan, tetapi juga melihat sumber lain yang boleh digunakan. Amanah Ikhtiar ada peruntukan, TEKUN juga ada peruntukan.”