BUKIT JALIL, – Penggunaan platform digital membuka peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa serta mengembangkan perniagaan ke peringkat serantau dan global.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, perkembangan teknologi baharu membolehkan usahawan memperluas pasaran produk tempatan, selain membawa masuk produk dari luar negara ke Malaysia.
Beliau berkata, peniaga perlu lebih terbuka memanfaatkan teknologi terkini dan meneroka pendekatan perniagaan baharu bagi meningkatkan daya saing.
“Kejayaan membawa mesej bahawa perniagaan tidak lagi terhad kepada pasaran tempatan atau pasaran tradisional tetapi mampu menjadi pemangkin kepada lebih ramai usahawan untuk meneroka peluang baharu”, ujarnya.
“Para peniaga perlu lebih terbuka dalam memanfaat teknologi terkini serta meneroka
pendekatan perniagaan baharu bagi memperluaskan pasaran dan meningkatkan daya saing mereka di peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Deepavali 2026 di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil.